Sunday, May 3, 2009

Informasi bayi ... Part 2

Dipetik dari : http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/

Pengenalan

Kulit bayi yang baru lahir adalah lembut dan sensitif dan mudah terkena berbagai jenis penyakit kulit. Sebahagiannya adalah kerana keturunan, seperti tanda lahir, tetapi setengah ruam adalah disebabkan oleh hormon ibu yang masih lagi mengalir di dalam darah bayi. Biarpun sebahagian dari penyakit kulit ini adalah normal, sebahagian lagi mungkin merupakan petanda bagi masalah lain. Penyakit kulit yang paling biasa terjadi kepada bayi adalah:

Tanda lahir (perubahan salur pendarahan) Tanda Lahir

Perubahan salur darah yang sementara

Acrocyanosis (Kaki Dan Tangan Berwarna Kebiruan)

  • Kulit berwarna ungu kebiruan di sekeliling bibir, tangan dan kaki yang mana adalah normal pada bayi yang baru lahir.
  • Ianya akan lebih ketara semasa bayi menangis atau kesejukan.
  • Keadaan sistem peredaran yang belum matang di kalangan bayi menjadikan bayi sukar untuk menyesuaikan kepada cuaca sejuk. Keadaan itu adalah normal jika bayi tersebut makan dengan baik dan aktif
  • Untuk mengecualikan sebab-sebab yang lain:
    • Periksa suhu badan untuk mengesan demam
    • Periksa bibir, lidah dan gusi, jika kebiruan bayi tersebut mesti dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Cutis marmorata

  • Kulit bayi bercorak seperti batu marmar atau bercorak adalah disebabkan oleh peredaran darah yang tidak sama rata di kulit.
  • Bayi yang baru lahir belum dapat menyesuaikan diri apabila terdedah kepada keadaan panas atau sejuk. Apabila terdedah kepada cuaca sejuk, peredaran darah pada kulit bayi akan jadi tidak teratur. Ini diikuti oleh peredaran darah yang tidak teratur pada tangan dan kaki. Jadi ini bukanlah perkara luar biasa untuk bayi yang baru lahir untuk mengalami kebiruan pada bahagian tubuh badan tersebut.
  • Keadaan ini normal dan biasanya hilang dalam 2 - 3 minggu. Jika selepas tempoh tersebut masih tidak hilang, sila berjumpa doktor untuk masalah genetik.

Tanda lahir Vascular

Ini adalah sakit kulit vascular yang wujud sejak lahir atau beberapa bulan selepas lahir. Ini adalah biasa dan biasanya akan hilang apabila bayi tersebut membesar. Sebahagian daripada tanda lahir ini mungkin tanda bagi penyakit lain.Dapatkan pemeriksaan dari jururawat atau doktor di klinik semasa melakukan lawatan ke klinik ketika minggu pertama usia bayi atau minggu ke enam selepas kelahiran.

Salmon patch

Ini adalah salur darah kapilari kulit yang mengembang yang mana merupakan saki baki corak salur darah bayi semasa di dalam kandungan.

Hemangioma Strawberi.
  • Berlaku pada 40 - 60 % bayi
  • Tompokan berwarna merah muda yang pudar dan rata biasanya ditemui di belakang leher, dahi di atas hidung dan kelopak mata atas.
  • Warna tersebut akan menjadi lebih terserlah apabila bayi tersebut menangis.
  • Biasanya akan hilang dengan sendiri semasa bayi berumur setahun dan tidak menimbulkan sebarang masalah.
  • Tiada rawatan yang diperlukan.
  • Haemangioma
  • Biasanya bermula dengan tanda merah yang samar-samar di mana-mana bahagian badan bayi semasa usia satu hingga empat minggu.
  • Kemudian menjadi merah cerah, timbul dan tidak rata, seperti buah strawberi, membesar selama enam bulan usia bayi.
  • Berhenti membesar antara enam dan setahun usia bayi dan kemudian beransur-ansur mengecil dan akhirnya hilang dengan sendiri dalam masa beberapa tahun.

Rawatan

  • Dalam kebanyakan kes, cuma perlu menunggu sehingga ianya hilang sendiri.
  • Elakkan kecederaan kepada hemangioma. Pakaikan sarung tangan atau pastikan kuku jari bayi pendek untuk mengelakkan dari tercalar.
  • Jaga kebersihan terutama sekali di kawasan kelangkangan atau lipatan kulit.
  • Di dalam kes, di mana hemangioma tumbuh sehingga menutup mata dan menghalang penglihatan, rawatan diperlukan dan boleh diperolehi daripada pakar mata dan pakar kanak-kanak. Untuk mengelakkan kehilangan penglihatan pada mata berkenaan. Pilihan rawatan yang ada adalah seperti rawatan laser, interferon, suntikan steroid ke dalam hemangioma atau memakan ubat steroid.

Tanda Port Wain

Tanda Port Wain adalah berbeza dari tanda lahir yang lain dari beberapa aspek penting. Ia berlaku dalam 0.1 - 0.3 % daripada jumlah bayi yang baru lahir.

  • Kecacatan salur darah kapilari atau vena daripada lapisan kulit yang lebih dalam.
  • Ada sejak lahir berwarna merah, rata dan biasanya berada di sebahagian muka atau leher, tetapi boleh berada di mana - mana bahagian badan.
  • Jika tidak dirawat, ia akan kekal seumur hidup.
  • Dengan pertambahan usia, ia akan menjadi lebih tebal, bercorak dan berwarna gelap.

Rawatan

  • Rawatan laser dengan bius, biasanya semasa kanak-kanak telah berumur dan boleh berkerjasama.
  • Rawatan interferon pada bayi jika saluran darah yang terlibat adalah lebih dalam.

Jumpa doktor segera jika tanda Port Wain :

  • Jika tanda 'Port Wine' kelihatan disebelah dahi atau menutup sebelah mata- Bertujuan mengesan keluarbiasaan pada otak di sebelah yang sama. Pemeriksaan mata diperlukan untuk mengesan 'glaukoma' kerana rawatan awal amat diperlukan.
  • Apabila melibatkan sebahagian besar bahagian depan badan dan anggota- Kecacatan pada pembuluh besar bagi sebelah anggota samada kaki atau tangan boleh menyebabkan anggota berkenaan membesar dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan anggota yang tidak terlibat atau menyebabkan bilangan platelet menurun. Keadaan platelet yang rendah boleh meningkatkan risiko pendarahan (Klippel -Trenaunay-Weber syndrome)

Perbezaan di antara tanda Port Wine dan Haemangiomas

Tanda Port Wine
HAEMANGIOMAS
Sejak lahir
Biasanya 2 bulan pertama sejak lahir
Jarang (0.1-0.3% dari kelahiran)
Biasa (10% dari kanak-kanak)
Rata
Timbul
Pertumbuhan berkadar dengan pertumbuhan kanak-kanak
Fasa pertumbuhan cepat (1-6 bulan)
Tidak susut
Fasa mendatar (6-12-18 bulan)
Susut semula jadi (30% pada umur 3 tahun, 50% pada umur 5 tahun, 80-90% pada umur 9 tahun)
Rawatan: Laser
Rawatan: Secara umum, membenarkan susut semula

Selamat Hari Ibu 2009 (10 May 2009)!!!!



Orang kata aku lahir dari perut mak..

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak
Aku ada pasangan hidup sendiri.....

Bila seronok, aku cari........pasanganku
Bila sedih, aku cari.......
mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon
mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....




Informasi bayi....Part 1

Bila Anak Pipinya Merah

Dipetik dari: http://www.anakku.net/content/bila-anak-pipinya-merah

Bayi sehat, montok, berkulit bersih dan dengan pipi gembil menggemaskan merupakan dambaan semua ibu. Alangkah sedihnya hati ibu manakala melihat pipi bayinya yang semula mulus tiba-tiba berubah menjadi merah, beruntusan, dan teraba kasar. Apalagi bila bayi menjadi rewel dan selalu menggaruk pipinya karena sangat gatal. Apa yang dapat dikerjakan agar kulit menjadi mulus kembali? Saran dan anjuran dari orangtua, mertua, maupun tetangga untuk menggunakan ramuan tradisional tentu akan dicobanya. Atau si ibu akan berusaha mengobati sendiri dengan membeli obat-obatan yang dijual bebas di toko obat, baik obat oles maupun obat minum demi kesembuhan anaknya. Alih-alih kulit anaknya menjadi mulus, yang didapat justru kulit pipi anaknya semakin merah, membasah bahkan bernanah. Apa sebenarnya yang menyebabkan pipi anak menjadi merah, mengapa bisa demikian dan bagaimana mengatasinya?

Bayi atau anak yang pipinya merah bisa disebabkan karena berbagai sebab; antara lain: karena menderita eksim susu, eksim seboroik, atau bisa juga karena iritasi atau alergi.

Eksim Susu

Eksim susu dikenal di dunia medis sebagai eksim atopik atau dermatitis atopik. Banyak ibu-ibu yang menganggap penyebabnya adalah terkena air susu ibu yang tidak dibersihkan dengan baik. Pengertian tersebut sebenarnya salah kaprah. Eksim susu bukan karena terciprat ASI. Penyebab paling sering adalah alergi, terutama alergi susu formula.

Faktor terpenting adalah faktor alergi yang diturunkan dari orang tuanya. Bila orang tua mengalami asma, pilek alergis, atau eksim kulit kronis, maka bayi tersebut berisiko mengalami eksim susu.

Eksim susu biasanya muncul pada saat bayi berumur 2 bulan. Sekitar 60% kasus muncul pada tahun pertama kehidupan, sedangkan sebagian kecil baru muncul pada umur 4 - 10 tahun.

Ciri khas eksim terutama keluhan gatal. Rasa gatal dapat dipicu oleh cuaca panas, keringat, stress emosional, garukan, dan gesekan. Lokasi eksim biasanya di kedua pipi, bisa juga di dahi. Kulit terlihat kering, merah atau timbul bintik-bintik merah kecil seperti jerawat. Jika digaruk kulit semakin merah, tidak jarang timbul bintil-bintil berair yang jika pecah kulit menjadi membasah bahkan sangat mungkin menjadi bernanah karena infeksi. Pada anak-anak yang agak besar, lokasi gatal bisa juga ditemukan di daerah-daerah lipatan, seperti leher, lipat siku, lipat lutut. Penyakit ini bersifat menahun dan kambuh-kambuhan.

Untuk pencegahan, pemberian ASI sangat menguntungkan dibandingkan susu formula, karena alergi terhadap susu formula dapat mencetuskan eksim susu. Hindari rangsangan yang dapat menimbulkan rasa gatal. Kulit dirawat secara teratur dengan menggunakan pelembab ataupun kosmetika anak sesuai umurnya. Jika gejala merah di pipi sudah muncul tetapi kulit belum membasah dan tidak bernanah, boleh menggunakan krim hidrokortison 1% 1-2 kali sehari. Oleskan krim tipis-tipis dalam jangka tidak lebih dari 1 minggu. Sayangnya, krim yang digunakan terlalu banyak atau terlalu lama justru menyebabkan kulit menjadi tipis dan belang putih. Kadang dokter memberikan sirup antihistamin untuk mengurangi rasa gatal. Jika kondisi tidak membaik atau malah memburuk, sebaiknya meminta nasihat ke dokter kulit.

Eksim Seboroik

Eksim seboroik merupakan penyakit kulit kronis yang ditandai dengan gejala kulit kemerahan dan bersisik pada daerah-daerah yang kaya akan kelenjar minyak, seperti di wajah, kepala dan dada. Bentuk ringan eksim seboroik adalah apa yang sering kita sebut sebagai "ketombean". Pada bayi sering disebut dengan cradle cap atau dalam bahasa Jawa sering disebut sebagai “sela karang”. Eksim ini biasanya muncul pada saat bayi berumur satu bulan.

Penyebabnya diduga karena kelenjar minyak terlalu aktif dan juga karena pengaruh dari sejenis kuman yang bernama Pityrosporum ovale. Tanda-tanda eksim seboroik adalah kulit berubah menjadi merah dan tertutup sisik yang lengket berwarna kekuningan atau sisik putih kering. Kadang dijumpai adanya bintik-bintik merah kecil seperti jerawat. Pada kulit kepala biasanya sisik melekat erat sehingga sulit dilepaskan. Pada wajah biasanya mengenai kedua pipi, dahi, sekitar alis dan di telinga. Kasus yang berat bisa meluas ke badan dan lengan.

Penanganan eksim seboroik adalah dengan memandikan anak secara teratur dengan sabun bayi. Sisik di kepala yang tebal dan sulit dikelupas dapat diatasi dengan cara mengoleskan minyak zaitun (olive oil), didiamkan beberapa saat, selanjutnya dilepas dengan sisir secara perlahan. Sebaiknya kepala bayi dibersihkan dengan menggunakan sampo bayi atau sampo yang mengandung ketokonazole 2%. Pada kulit yang kemerahan dapat dioleskan krim hidrokortison 1% atau krim ketokonasol 2%.

Terkena bahan yang megiritasi atau menyebabkan alergi

Pipi yang merah pada bayi dan anak dapat juga disebabkan karena terpapar bahan -bahan yang bersifat mengiritasi kulit atau menyebabkan alergi. Berbeda dengan kulit dewasa, kulit anak lebih rentan terhadap iritasi dan alergi

Berbagai bahan kosmetika bisa menimbulkan iritasi atau alergi pada kulit anak. Seringkali anak tidak tahan terhadap zat warna, pewangi, pengawet atau keasaman dari produk kosmetik. Penanganan kulit anak yang mengalami iritasi atau alergi dapat dilakukan dengan membersihkan kulit bayi secara teratur menggunakan kosmetika seringan mungkin, dan menghindari zat warna dan pewangi. Kulit yang kemerahan dapat diberikan krim hidrokortison 1%.

Tips untuk mencegah dan mengatasi kemerahan pada pipi anak:

  1. Hindari rangsangan gesek, lebih berhati-hati menggunakan sabun dan handuk. Lebih baik menggunakan kain lembut ditempelkan pada kulit, bukan digosok.
  2. Kurangi mandi dengan air panas. Suhu panas dan keringat akan merangsang rasa gatal.
  3. Hindari menggosokkan bahan tradisional atau sembarang krim pada kulit yang meradang.
  4. Oleskan pelembab atau minyak setiap anak selesai mandi.
  5. Jika kulit sudah meradang dapat dicoba krim hidrokortison 1%, jika memburuk segera konsultasi ke dokter kulit.

Lahirnya Sang Puteri... Part 1

April 1, 2009: Rabu. Tepat jam 1127 mlm, puteriku selamat di lahirkan setelah 11 jam dan 27 minit aku bertarung nyawa di Bilik Bersalin Hospital Selayang. Saat-saat bersalin yang paling memeritkan tapi penuh makna.. Tersentak aku bila bayiku diletakkan diribaanku menangis seolah-olah mengenali aku sebagai ibunya. Bayi perempuan seberat 3.28kg, setinggi 50 cm itu berlambut lebat, matanya terbuka luas tangisan nyaringnya menggamit naluri keibuaanku. Suamiku disisi mengazankan dan mengiqamahkannya. Ternyata dia juga begitu amat bersyukur dengan kelahiran ahli baru keluarga kami. Pertama kalinya aku cuba memberikan bayiku breastfeeding... namun tidak membuahkan hasil.

April 2, 2009: Jam 0230, setelah tamat aktiviti menjahit episiotomi, aku di bawa pulang ke Ward 5B dengan bayiku didalam dakapanku. Aku berasa seolah tidak percaya perutku sudah surut.. bersama bayi dalam dakapanku. Suamiku pulang dengan membawa uri anakku. Dia tidak berkesempatan menemani kami kerana tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pihak hospital.Terima kasih B... kerana temankan dan support Ila. Luv u so much!!
Aku meminta nurse meletakkan anakku di riba katilku... memandangkan tanganku tiada kekuatan. Aku tidur merenung hiba dan syukur pada bayiku.



Diari ibu muda..... Part 1

July 7, 2008; Aku merasai kelainan pada diriku... hormon-hormon jahat mula bertapak di dahi dan dimukaku.... berminyak dan mulai tumbuh jerawat dengan suburnya...Wajahku kusam meskipun ditepek dengan bedak Miyami setebal mungkin.. takkan alah produk baru kot! Lantas ku tinggalkan produk baru itu!

July 24, 2008; "Dah lama aku tak period, Lang, Faz?", tulah lengkap aku solat rasanya.. biasa ada gab 8 hari!', ujar ku pada teman sepejabat mengutarakan keraguanku.
"Ha , gielah wat pregnancy test tuh, amek jer kat lab research"... jawab alang sambil senyum girang!!!
Tengahari itu aku bergegas ke Researh Lab, meminta pregnancy kit daripada kak Suahana.
"Ha nak buat apa tu Ros ?, nanti bagi tahule!!!', balas kak Su membuatku rasa malu...
...Ya Allah... line control and test... positive! Aku blur-blur sikit....... x sabar rasanya nak bagi tahu B...

July 26, 2008: Aku membuat pemerikasaan 1st pregnancy diagnose di Klinik Kita Wangsa Maju. Tiada test berulang dilakukan. Dr menyanyakan last 1st day period dan melakukan scan. Alhamdulillah aku telah hamil 6 minggu mengikut ramalan Dr berdasarkan tarikh yang kuberikan itu. Dr memberikan pil Folic acid dan Obimin serta 1 bulan tarikh appoinment berikutnya.

Saturday, May 2, 2009

Manisnya hari bahagia.... part 1 .


Tanggal 19 Ogos 2007, Alhamdulillah aku telah sah bergelar isteri kepada suamiku, Ruzaimi yang tercinta setelah 10 tahun melayari bahtera percintaan . Pahit manis percintaan dan asam garam kehidupan memang tidak terluah dek perkataan. Namun ianya kekal tersemat disanubari dan bakal menjadi cerita lara anak cucu cicit kami kelak ... InsyaAllah. Menyoroti bibit-bibit pertemuan kami di zaman sekolah menengah dahulu. Tidakku sangka cinta yang diukur sebagai 'cinta monyet ' itu kekal hingga kini dan InsyaAllah ke Akhirat hendakNya, Ameen Ya Rabbal Al-Ameen. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman , Parit Sulong Batu Pahat Johor menjadi saksi perkenalan kami. Tidak ku duga ianya menjadi nostalgia dan surihati hingga kini.
Perkenalan kami tidak diduga dan tidak langsung terlintas dihatiku untuk mempunyai teman lelaki serapat dan seakrab itu diusia PMR lagi. Memandangkan perangaiku dan tatasusilaku tidak memandang kepada komitmen luar.. aku hanya menganggapnya sebagai teman biasa. Namunbegitu, dari hari kesehari perkenalan ini membibitkan perasaan sayang... tapi egoku masih tebal... tatkala bertemu... buku didepanku... dia terkapai-kapai entah ke mana.. Tatkala dirumah.. buku dihadapan tapi fikiran jauh merawang-rawang mengingatkan sidia. Kelakar rasanya bila mengingatkan semua itu.