Sunday, May 3, 2009

Lahirnya Sang Puteri... Part 1

April 1, 2009: Rabu. Tepat jam 1127 mlm, puteriku selamat di lahirkan setelah 11 jam dan 27 minit aku bertarung nyawa di Bilik Bersalin Hospital Selayang. Saat-saat bersalin yang paling memeritkan tapi penuh makna.. Tersentak aku bila bayiku diletakkan diribaanku menangis seolah-olah mengenali aku sebagai ibunya. Bayi perempuan seberat 3.28kg, setinggi 50 cm itu berlambut lebat, matanya terbuka luas tangisan nyaringnya menggamit naluri keibuaanku. Suamiku disisi mengazankan dan mengiqamahkannya. Ternyata dia juga begitu amat bersyukur dengan kelahiran ahli baru keluarga kami. Pertama kalinya aku cuba memberikan bayiku breastfeeding... namun tidak membuahkan hasil.

April 2, 2009: Jam 0230, setelah tamat aktiviti menjahit episiotomi, aku di bawa pulang ke Ward 5B dengan bayiku didalam dakapanku. Aku berasa seolah tidak percaya perutku sudah surut.. bersama bayi dalam dakapanku. Suamiku pulang dengan membawa uri anakku. Dia tidak berkesempatan menemani kami kerana tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pihak hospital.Terima kasih B... kerana temankan dan support Ila. Luv u so much!!
Aku meminta nurse meletakkan anakku di riba katilku... memandangkan tanganku tiada kekuatan. Aku tidur merenung hiba dan syukur pada bayiku.



No comments:

Post a Comment